JALAN KEMBOJA 4A, SEKSYEN BS 8, BUKIT SENTOSA 3, 48020 RAWANG, SELANGOR


Rabu, Disember 26, 2007

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2008

Alhamdullilallah kita akan memasuki tahun 2008 tidak lama lagi. Oleh itu kita bersyukur kepada Illahi kerana memberi kita peluang lagi untuk menghirup udara segar ini serta umur untuk melangkah ke tahun 2008. Dipohon agar kita dapat kesihatan, kekuatan dan keamanan untuk memperkukuhkan tauhid kita kepada ALLAH SWT. Begitu juga kita pohon agar keluarga kita, negeri dan negara kita dan seluruh umat Islam akan mendapat keberkatan, taufek dan hidayah daripada NYA.

Diharap saudara saudari semua jangan lupa jenguk jenguk Surau itu. Cari duit siang malam sampai mati pun tak cukup. Surau tu tunggu saja saudara saudari datang. Malaikat saja yang memenuhi saf-saf yang kosong itu. Manusia mudah lupa nikmat ALLAH SWT berikan........ Kalau ada makan kat surau baru nak tunjuk muka.... hai pelik betul. Kita tukar saja nama surau ini kepada SURAU AL-MAKAN.

Dah lah kuliah mingguan tak datang. Bulanan apatah lagi... Tahunan entahlah. Hendak kena petir tunggal sekali lagi macam yang lalu baru nak ingat ALLAH SWT. MAAF DAH TERLAMBAT. Rumah dah terbakar hangus. Ingat Ingatlah hidup didunia ni TAK KEKAL.

Inilah orang kita yang beragama Islam hanya pada nama saja. Kalau ditegur merajuk, tersinggung dan macam-macam lagi. Minta diadakan macam-macam disurau, komplen itu tak betul ini tak betul; tapi batang hidung tak nampak sekali pun. Fikirkanlah apa telah saudara saudari sumbang kepada AGAMA? Saudara saudari sudah leka dengan rumah besar cantik, kereta baru, bini /laki baru tetapi adakah saudara saudari rasai penderitaan atau ambil tahu umat Islam yang menderita di Palestin, Afghanistan dan Iraq? Fikirkanlah.

Minta maaf kalau terkasar bahasa atau tersentuh hati sebab kita kalau tak dikejutkan dari lamunan kita akan terpesong jauh.....Noktah

4 ulasan:

Harun RHMBiz berkata...

Selamat tahun baru 2008..

Agaknya nak tunggu surau baru siap.. baru ramai-ramai nak datang berjemaah kat surau...

Sebenarnya takde alasan pun kalau kita suka berjemaah.. at least seminggu sekali...

Cadangan saya, AJK Surau boleh berkunjung ke rumah rakan-rakan kita yang dah lama tak nampak btg hidung.. mungkin beliau sibuk.. atau mungkin merajuk.... Terutama sekali yang tidak pernah ke surau.

Penghuni 4A berkata...

Selamat Awal Muharam (Maal Hijrah)

Memang tak ada alasan kalau kita suka berjemaah.

Cadangan En zain tu saya setuju, bukan saja rakan2 yg dah lama tak nampak batang hidung tetapi yg langsung tak nampak batang hidung...

Tapi, cuba kita fikir2 kan kenapa taman 4A kita ni begitu? Mesti ada sebabnya......

Adakah bermain politik,merajuk,
bosan, tidak diundang,JK Surau tak mesra,memang taman kita penghuninya org yang sentiasa cari duit....org berpangkat? atau......

Siapa yg kerap kesurau? Adakah muka2 yg sama? Kenapa?

Penghuni 4A berkata...

Selamat Maal Hijrah 1429

Harun RHMBiz berkata...

Kita perlu faham, surau sementara sekarang ni masih menumpang di rumah yang semestinya memerlukan duit untuk menampung sewa, bil air dan elektrik.

Kemungkinan ada yang kurang setuju dengan bayaran bulanan utk setiap keluarga seperti yang dilaksana sekarang ini.

Saya cadangkan bayaran bulanan ini diturunkan kepada RM5 (minima). Kepada yang nak bayar lebih dialu-alukan sebab ramai di antara kita yang berpendapatan tinggi.

Cadangan saya kutipan ini boleh juga melalui akaun bank Bendahari. Hanya perlu sms kpd Bendahari selepas bayaran dibuat.

Terima kasih

BANTUAN & ADUAN

Bomba Rawang. 03-60916564
Bomba KKB. 03-60641444
Hospital KKB. 03-60641333
B.Polis Bkt Sentosa. 03-60282222