JALAN KEMBOJA 4A, SEKSYEN BS 8, BUKIT SENTOSA 3, 48020 RAWANG, SELANGOR


Rabu, Disember 26, 2007

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2008

Alhamdullilallah kita akan memasuki tahun 2008 tidak lama lagi. Oleh itu kita bersyukur kepada Illahi kerana memberi kita peluang lagi untuk menghirup udara segar ini serta umur untuk melangkah ke tahun 2008. Dipohon agar kita dapat kesihatan, kekuatan dan keamanan untuk memperkukuhkan tauhid kita kepada ALLAH SWT. Begitu juga kita pohon agar keluarga kita, negeri dan negara kita dan seluruh umat Islam akan mendapat keberkatan, taufek dan hidayah daripada NYA.

Diharap saudara saudari semua jangan lupa jenguk jenguk Surau itu. Cari duit siang malam sampai mati pun tak cukup. Surau tu tunggu saja saudara saudari datang. Malaikat saja yang memenuhi saf-saf yang kosong itu. Manusia mudah lupa nikmat ALLAH SWT berikan........ Kalau ada makan kat surau baru nak tunjuk muka.... hai pelik betul. Kita tukar saja nama surau ini kepada SURAU AL-MAKAN.

Dah lah kuliah mingguan tak datang. Bulanan apatah lagi... Tahunan entahlah. Hendak kena petir tunggal sekali lagi macam yang lalu baru nak ingat ALLAH SWT. MAAF DAH TERLAMBAT. Rumah dah terbakar hangus. Ingat Ingatlah hidup didunia ni TAK KEKAL.

Inilah orang kita yang beragama Islam hanya pada nama saja. Kalau ditegur merajuk, tersinggung dan macam-macam lagi. Minta diadakan macam-macam disurau, komplen itu tak betul ini tak betul; tapi batang hidung tak nampak sekali pun. Fikirkanlah apa telah saudara saudari sumbang kepada AGAMA? Saudara saudari sudah leka dengan rumah besar cantik, kereta baru, bini /laki baru tetapi adakah saudara saudari rasai penderitaan atau ambil tahu umat Islam yang menderita di Palestin, Afghanistan dan Iraq? Fikirkanlah.

Minta maaf kalau terkasar bahasa atau tersentuh hati sebab kita kalau tak dikejutkan dari lamunan kita akan terpesong jauh.....Noktah

Rabu, Disember 05, 2007

Sambutan Hari Raya Korban

Insya'allah kita akan menyambut Hari Raya Korban pada 20hb Disember 2007 ini dan alhamdullillah kariah ini ada 4 ekor lembu korban untuk tahun ini. Dan cadangan aktiviti yang bertempat di Padang Jalan Kemboja 4A akan diadakan adalah seperti berikut:-

10.30pagi Berkumpul dipadang Jalan Kemboja 4A ; Penyembelehan & melapah lembu korban bermula.

12.30 t/hari Pengagihan daging korban.

1.00 t/hari Bersurai

Kita menjemput semua ahli kariah dan keluarga mereka kepadang Jalan Kemboja 4A untuk membantu kerja-kerja melapah. Jangan lupa bawa peralatan melapah.
Dan untuk memeriahkan lagi sambutan korban ini, sila bawa potluck masing-masing kepadang pada pagi hari tersebut.

Pihak AJK surau mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" dan berharap yang balik kampung itu, senantiasa berwaspada semasa berada dijalan raya. Jika keletihan rehatlah dahulu. Kampung anda tidak akan lari kemana-mana. Ia tetap akan berada disana sampai akhir zaman. "Biar lambat asalkan selamat" seperti kata-kata orang-orang tua terdahulu.

Masa akan tertakluk kepada keadaan semasa.

BANTUAN & ADUAN

Bomba Rawang. 03-60916564
Bomba KKB. 03-60641444
Hospital KKB. 03-60641333
B.Polis Bkt Sentosa. 03-60282222