JALAN KEMBOJA 4A, SEKSYEN BS 8, BUKIT SENTOSA 3, 48020 RAWANG, SELANGOR


Rabu, Disember 26, 2007

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2008

Alhamdullilallah kita akan memasuki tahun 2008 tidak lama lagi. Oleh itu kita bersyukur kepada Illahi kerana memberi kita peluang lagi untuk menghirup udara segar ini serta umur untuk melangkah ke tahun 2008. Dipohon agar kita dapat kesihatan, kekuatan dan keamanan untuk memperkukuhkan tauhid kita kepada ALLAH SWT. Begitu juga kita pohon agar keluarga kita, negeri dan negara kita dan seluruh umat Islam akan mendapat keberkatan, taufek dan hidayah daripada NYA.

Diharap saudara saudari semua jangan lupa jenguk jenguk Surau itu. Cari duit siang malam sampai mati pun tak cukup. Surau tu tunggu saja saudara saudari datang. Malaikat saja yang memenuhi saf-saf yang kosong itu. Manusia mudah lupa nikmat ALLAH SWT berikan........ Kalau ada makan kat surau baru nak tunjuk muka.... hai pelik betul. Kita tukar saja nama surau ini kepada SURAU AL-MAKAN.

Dah lah kuliah mingguan tak datang. Bulanan apatah lagi... Tahunan entahlah. Hendak kena petir tunggal sekali lagi macam yang lalu baru nak ingat ALLAH SWT. MAAF DAH TERLAMBAT. Rumah dah terbakar hangus. Ingat Ingatlah hidup didunia ni TAK KEKAL.

Inilah orang kita yang beragama Islam hanya pada nama saja. Kalau ditegur merajuk, tersinggung dan macam-macam lagi. Minta diadakan macam-macam disurau, komplen itu tak betul ini tak betul; tapi batang hidung tak nampak sekali pun. Fikirkanlah apa telah saudara saudari sumbang kepada AGAMA? Saudara saudari sudah leka dengan rumah besar cantik, kereta baru, bini /laki baru tetapi adakah saudara saudari rasai penderitaan atau ambil tahu umat Islam yang menderita di Palestin, Afghanistan dan Iraq? Fikirkanlah.

Minta maaf kalau terkasar bahasa atau tersentuh hati sebab kita kalau tak dikejutkan dari lamunan kita akan terpesong jauh.....Noktah

Rabu, Disember 05, 2007

Sambutan Hari Raya Korban

Insya'allah kita akan menyambut Hari Raya Korban pada 20hb Disember 2007 ini dan alhamdullillah kariah ini ada 4 ekor lembu korban untuk tahun ini. Dan cadangan aktiviti yang bertempat di Padang Jalan Kemboja 4A akan diadakan adalah seperti berikut:-

10.30pagi Berkumpul dipadang Jalan Kemboja 4A ; Penyembelehan & melapah lembu korban bermula.

12.30 t/hari Pengagihan daging korban.

1.00 t/hari Bersurai

Kita menjemput semua ahli kariah dan keluarga mereka kepadang Jalan Kemboja 4A untuk membantu kerja-kerja melapah. Jangan lupa bawa peralatan melapah.
Dan untuk memeriahkan lagi sambutan korban ini, sila bawa potluck masing-masing kepadang pada pagi hari tersebut.

Pihak AJK surau mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" dan berharap yang balik kampung itu, senantiasa berwaspada semasa berada dijalan raya. Jika keletihan rehatlah dahulu. Kampung anda tidak akan lari kemana-mana. Ia tetap akan berada disana sampai akhir zaman. "Biar lambat asalkan selamat" seperti kata-kata orang-orang tua terdahulu.

Masa akan tertakluk kepada keadaan semasa.

Selasa, November 06, 2007

LEMBU KORBAN

Kutipan duit untuk membeli sebahagian atau beberapa bahagian lembu korban akan di buat pada 30hb November ini. Harga satu bahagian ialah RM350.00. Sila buat tempahan dengan download borang dan hantarkan dan buat bayaran kepada Pengerusi atau Bendahari Surau selewat-lewatnya pada 15hb Disember 2007.

Perbincangan mengenai Ibadah Korban akan diadakan pada 11hb Disember 2007 (Selasa) selepas waktu Isya' di Surau ini. Semua AJK Surau dan yang empunya korban diminta hadir untuk taklimat selanjutnya.

Selasa, Oktober 16, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Dari semua AJK surau, kami mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua penyumbang-penyumbang moreh yang lalu dan diharap agar dapat diteruskan pada masa akan datang. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin jika berlaku sebarang kekurangan, terkasar bahasa, terlepas kata dan tersinggung perasaan disepanjang tahun kami bertugas. Kami berdoa agar tuan-tuan dan puan-puan dapat bersama keluarga tersayang dan akan balik ke sini dengan selamat. Janganlah terburu-buru memandu tu. Kemboja 4A akan tetap berada di Bukit Sentosa 3 sehingga kiamat...

Selasa, Oktober 09, 2007

Kelulusan Pelan Pembinaan Surau

Kami telah dapat kelulusan pelan surau dari Majlis Daerah Hulu Selangor baru-baru ini. Pelan tersebut dipamerkan di Surau kita.

Jabatan Agama Islam Selangor telah pun memberi kebenaran untuk membina Kompleks Surau tersebut - (4)dlm.JAI.Sel.BPM/01/039/9 dan kebenaran untuk mengutip derma (22/1)dlm JAI.Sel.BPM/01/48/H.SEL

Kami sedang berusaha untuk mendapatkan pengecualian cukai yang dianggarkan lebih kurang RM 1.422juta bagi Kompleks Surau tersebut. Harap bersabar kerana proses ini makan masa sedikit.

Tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat membantu Jawatankuasa Pembangunan dengan mengutip derma semasa balik kampung beraya nanti. Sila dapatkan borang2 daripada Setiausaha nombor talipon 019-6969289.

Rabu, Oktober 03, 2007

TAKBIR RUMAH KERUMAH

Pada malam Raya ini, kita akan mengadakan Takbir dari rumah kerumah selepas sembahyang Isyak. Tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu sediakan hidangan. Hanya sediakan air minuman sudah memadai kerana masih ada banyak lagi rumah yang kita akan kunjungi pada malam tersebut. Selepas Takbir, sesiapa yang hendak balik kampung kami ucapkan Selamat Jalan dan pandulah cermat-cermat. Jangan lupa hidupkan lampu porch dan dalam rumah anda dan beritahu jiran-jiran.

Khamis, September 20, 2007

DERMA UNTUK SURAU BARU

Sedihnya derma untuk membagunkan surau baru tidak berubah sejak 3 bulan kebelakangan ini. Ia masih di lingkungan RM 6,500.00. Diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu mengisi tabung ini dengan mengwar-warkan maklumat ini kepada semua yang berhajat untuk mendapat ganjaran dari Allah swt. Tidak ada derma yang minima atau yang maksima. Hanya ikhlas dari tuan-tuan dan puan-puan. Derma boleh buat terus kepada akaun yang tertera di sebelah.

Berikut adalah bangunan yang akan didirikan:-

A. INFRSTRUKTUR

Retaining Walls - RC
Kerja-Kerja Menambak Tanah
Kerja-Kerja Pemasangan Pembetungan -INDAH WATER
Kerja-Kerja Pemasangan Bekalan Air -SYABAS
Landskap

B. BANGUNAN

Bangunan surau -1
Tempat Wuduk -10
Bilek Serbaguna -1
Dapur -1
Setor -1
Tandas -4
Bilek Jenazah -1
Pejabat -1
Bilek Darjah -3
Garaj -1
Menara -1
Tempat Sampah -1
Parking Kereta -5
Parking Motor -13

C. PAGAR

Batu-Bata Finishing Brick.
Stainless Steel.
Pintu Get Utama

D. KEMASAN

Dinding & Tiang Finishing Bricks.
Lantai; White Langkawi Marble atau Heavy Duty Tiles.
Meja Sinki White Langkawi Marble atau White Tiles.
Lain-lain Non-Slip Tiles.
E. KENDERAAN
Kenderaan - Van Serbaguna (3 dlm 1)

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa akan diadakan pada 22hb September ini bersamaan hari Sabtu malam minggu. Ahli khariah bolehlah membawa juadah masing-masing (potluck) untuk majlis tersebut. Acara akan diserikan dengan kehadiran Ust. Abd. Halim. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar tasqirah dan nasihat Ust. Abd. Halim. Sebarkanlah maklumat ini kepada jiran-jiran anda.

BAYARAN ZAKAT FITRAH

Kutipan Zakat Fitrah akan diadakan pada 22hb September di Surau ini sebelum waktu maghrib. Bayaran Zakat Fitrah tahun ini ialah RM 5.20. Sila lapangkan masa untuk buat bayaran agar dapat diagihkan kepada yang memerlukan sebelum Hari Raya nanti.

Ahad, September 16, 2007

SEMBAHYANG TERAWIH

Pihak AJK surau mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua muslimin dan muslimah yang telah menjayakan satu dari amalan bulan ramadhan iaitu berterawih. Juga anak-anak yang mengikut ibu-bapa masing-masing bagi tujuan yang sama. Diharap anak-anak dapat menjaga disiplin semasa didalam surau.

BANTUAN & ADUAN

Bomba Rawang. 03-60916564
Bomba KKB. 03-60641444
Hospital KKB. 03-60641333
B.Polis Bkt Sentosa. 03-60282222