JALAN KEMBOJA 4A, SEKSYEN BS 8, BUKIT SENTOSA 3, 48020 RAWANG, SELANGOR


Sabtu, Julai 26, 2008

AJK SURAU AR-RAHMAN 2008 - 2010

Pengerusi
Hj. Husin bin Ahmad
Tel:013 - 3435 186

Naib Pengerusi
Hj. Hashim bin Abdullah
Tel: 012 - 2736 902

Setiausaha
Abdul Razak bin Yaakob
Tel: 013 - 3850 063

Naib Setiausaha
Hj. Zulkifli bin Mahmud
Tel: 013 - 3596 680


Bendahari
Mohd Taufek bin Nordin
Tel: 013 - 6046 448

Wakil Muslimah
Tengku Zuriah bte Tengku Mohd Zuya

Khamis, Jun 26, 2008

MESYUARAT AGONG 2008

MESYUARAT AGONG BAGI TAHUN 2008 AKAN DI ADAKAN DI SURAU INI PADA AHAD 6HB JULAI 2008, JAM 9.30 PAGI. SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR. MAKAN MINUM DISEDIAKAN

Isnin, Jun 02, 2008

TABUNG PEMBINAAN SURAU

Kini kutipan sehingga hari ini ialah RM6,000.00. Kita baru mula perjalanan yang jauh untuk mencari dana untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Mendirikan kompleks surau untuk kegunaan anak-anak, bapa-bapa, emak-emak, datuk-datuk, nenek-nenek cucu-cucu, piut-piut dan generasi terkemudian daripada kita sehingga hari kiamat. Wahai umat Islam renung-renungkan lah apa sumbangan kamu kepada jalan Allah swt? Sumbanglah kalau tak banyak sedikit dari rezki yang telah diberikan Allah swt selama ini. Kesihatan, kesenangan, umur, zuriat dan macam-macam lagi yang tidak boleh terfikir oleh kita sebagai hamba kepada Dia. Maka janganlah kamu kikir dengan harta mu itu kerana semuanya bukan HAK kamu sebenarnya. Yang berhak sebenarnya ialah Allah swt sahaja. Kamu semua adalah yang "baharu". Yang "baharu" tidak akan kekal selama-lamanya. Yang kekal selama-lamanya ialah "PENCIPTA" kepada serba-serbi yang ada dialam nyata dan alam ghaib. RENUNGKANLAH.....

Selasa, April 22, 2008

DERMA FISABILILAH

Diharap pembaca-pembaca blog ini tidak kira usia, dapat menghulur bantuan untuk mendirikan surau tersebut. Saham ini bukan saham dunia tetapi saham akhirat. Dan saham akhirat ini dijamin pulangan nya, bukan didunia tetapi diakhirat insya'allah. Fikirkanlah berapa banyak telah anda sumbang kepada agama yang mulia lagi suci ini. Allah swt telah memberi segala nikmat yang tiada terkira sejak dari lahir sehingga sekarang.

RENUNGKANLAH APAKAH SUMBANGAN ANDA UNTUK MEMBALAS SEGALA NIKMAT YANG TELAH DIBERIKAN OLIH ALLAH SWT....

Sabtu, Februari 02, 2008

KELULUSAN PELEPASAN CUKAI (LHDN)

Assalammualaikum wrt kepada semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa pelepasan cukai untuk derma-derma kepada Tabung Pembinaan Surau ini telah diperolehi. Ia bermula pada 15hb Disember 2007 dan akan berakhir pada 14hb Disember 2010. Jumlah pelepasan yang telah diluluskan adalah sebanyak RM 1.2 juta. Syukur kepada Allah swt diatas kelulusan tersebut dan Insya'allah pihak kami akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengumpul dana dan mendirikan surau serta bangunan-bangunan yang telah dirancangkan. Sekian wassalam.

BANTUAN & ADUAN

Bomba Rawang. 03-60916564
Bomba KKB. 03-60641444
Hospital KKB. 03-60641333
B.Polis Bkt Sentosa. 03-60282222