JALAN KEMBOJA 4A, SEKSYEN BS 8, BUKIT SENTOSA 3, 48020 RAWANG, SELANGOR


Jumaat, November 20, 2009

PENGAJIAN AL-QURAN UTK KAUM MUSLIMAH

Ingin dinyatakan bahawa kelas pengajian Al-Quran untuk kaum muslimah diadakan setiap minggu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu disurau ini. Kelas ini bermula pada pukul 3 petang. Ianya dibimbing olih Ustaz Halim. Jadual ini tertakluk kepada pindaan. Maka kaum muslimah yang kelapangan tu...sudilah mampir ke surau buat bekal diri masing-masing kelak.

SAMBUTAN AIDIL ADHA

Aidil Adha akan jatuh pada 27hb November (Jumaat) ini. Maka kerja-kerja korban akan dijalankan pada hari berikutnya (Sabtu jam 8.00 pagi) dipadang Kemboja 4A. Seperti biasa makan tengah hari akan diadakan. Semua ahli kariah dijemput hadir dan jangan lupa bawa kelengkapan melapah serta juadah untuk dinikmati bersama.

Khamis, Mac 05, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Tarikh: 8hb Mac 2009 (Ahad)
Tempat: Surau Ar-Rahman
Masa: Selepas Solat Maghrib
Ceramah Oleh: Ust. Adi Zamri bin Rosli (Penceramah Bebas)

Semua jemaah dijemput hadir. Bawalah sedikit juadah untuk dinikmati bersama-sama.

Ahad, Mac 01, 2009

ACARA MEMBERSIH TAPAK SURAU

Pada 1hb Mac 2009, jam 8.30 pagi, AJK Pembangunan Surau telah mengadakan acara pembersihkan tapak surau. Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ust. Halim. Sejurus kemudian para hadirin disajikan dengan juadah yang disediakan. Dengan kerjasama MDHS yang telah menyediakan jentolak, kerja-kerja pembersihan itu dapat dilakukan dengan cepat. Kepada semua ahli kariah yang hadir diucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama tersebut.
Untuk pengetahuan umum, kutipan derma terkini untuk pembangunan surau ialah RM70,000.00.

Isnin, Februari 09, 2009

DANA UNTUK TABUNG PALESTIN

DERMALAH setiap bulan kepada saudara-saudara kita yang malang di Palestin:

Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787

Pertanyaan : 03-89267019

http://palestinkini.info/

BANTUAN & ADUAN

Bomba Rawang. 03-60916564
Bomba KKB. 03-60641444
Hospital KKB. 03-60641333
B.Polis Bkt Sentosa. 03-60282222